Program INSPIRE iTalent Cungkil Bakat Pelajar OKU Negeri Kelantan

Pasir Mas, 22 Mei 2025 – Inisiatif oleh Kementerian Belia dan Sukan, menerusi program Inspire iTalent, terus memainkan peranan penting dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU). Program yang telah dilaksanakan pada 21 Mei 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Program ini bertujuan mencari individu berbakat dari negeri Kelantan yang berpotensi untuk mewakili negeri ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya mengharumkan nama negeri dalam pelbagai bidang.

Dalam sesi kali ini, dua pelajar dari daerah Pasir Mas telah mengambil peluang untuk mencuba nasib dalam pencarian bakat tersebut, dengan harapan dapat menonjolkan kebolehan mereka dan meraih peluang yang lebih besar.

Majlis perasmian program Inspire iTalent telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, dalam sebuah acara yang penuh semangat dan inspirasi bagi para peserta.

Semoga program ini terus menjadi platform yang mampu membuka peluang dan memberi impak positif kepada golongan OKU dalam mencapai impian mereka.

Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
 

 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 22:58:10

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search