- JBS Kelantan
- Hits: 47
Program Pengenalan Pembangunan Sukan Baharu Klinik Flag Football Peringkat Negeri Kelantan 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 47
KOTA BHARU, 24 Mei 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Malaysia American Football Association (MAFA) telah menganjurkan Program Pengenalan Pembangunan Sukan Baharu Klinik Flag Football Peringkat Negeri Kelantan 2025 pada 23 Mei 2025 yang lalu bertempat di Padang Bola Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program ini telah berjaya menarik penyertaan dari kalangan para aktivis sukan dan belia di seluruh Negeri Kelantan dengan penyertaan seramai 44 orang peserta. Objektif pelaksanaan program ini adalah memberikan pendedahan dan teknik kemahiran asas sukan Flag Football yang betul kepada peserta, melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif selaras dengan objektif Kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan, bekerjasama dengan MAFA iaitu Persatuan/ Badan Sukan Kebangsaan dan mengenalpasti bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSN Kelantan. Turut hadir sama Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSN Kelantan, dan Encik Aster Kyle Gunasekera, Presiden MAFA.