- JBS Kelantan
- Hits: 47
Sukan Tahunan Al-Amin Tropicana School Memeriahkan Suasana Di KOMBES Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 47
KELANTAN, 21 MEI 2025 – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KOMBES Kelantan ) telah dimeriahkan dengan penganjuran Sukan Tahunan Al-Amin Tropicana School yang berlangsung pada 10 Mei 2025 (Sabtu) yang lalu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kejohanan tersebut telah melibat pelbagai acara, antaranya adalah acara olahraga, acara bola sepak, acara tarik tali dan banyak lagi dipertandingkan dengan keseluruhan seramai 400 orang pelajar yang terlibat.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
#TEAMJBSNK
#KOMBESKELANTAN
#MalaysiaMADANI
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.