Majlis Perasmian Festival Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025

KOTA BHARU, 17 Mei 2025 - Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan, berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Sambutan Festival Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Keberangkatan tiba YTM Tengku Mahkota di Dataran Rehal disambut meriah oleh barisan pemimpin negeri, termasuk YB Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Negeri Kelantan serta ketua-ketua jabatan dan jajahan.

Lebih 1,500 peserta menyertai program Daly’A Night Colour Run, yang mewarnai malam dengan semangat belia dan kesatuan masyarakat. Larian berwarna-warni ini bermula di Dataran Rehal dan berakhir di Stadium Sultan Muhammad IV, di mana acara gimik perasmian dan penyampaian Anugerah Belia Negeri Kelantan 2025 turut berlangsung.
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan dan dihadiri ribuan pengunjung dari seluruh negeri.

Festival ini memberi penghormatan kepada peranan penting golongan belia sebagai tulang belakang dan masa depan negeri Kelantan.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search