- JBS Kelantan
- Hits: 49
Taklimat Teknikal Dan Pengundian Acara Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) 2025 Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 49
MACHANG, 21 Mei 2025 – Taklimat Teknikal dan Pengundian bagi acara sukan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Machang telah diadakan pada 20 April 2025, pukul 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai teknikal dan wakil 9 pasukan bola jaring yang akan bertanding dalam Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Machang pada 24 Mei 2025 bertempat di Gelanggang Terbuka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang.
Encik Mohd Zul Izudin bin Samat dan Encik Zaharuddin bin Zainal turut hadir dalam taklimat ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang