- JBS Kelantan
- Hits: 59
Program INSPIRE iTalent Siri 1 2025 Peringkat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 59
KOTA BHARU, 24 Mei 2025 - Telah berlangsung program Inspire i-Talent Siri 1 2025 Peringkat Negeri Kelantan 2025 pada 21 dan 22 Mei 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Seramai 72 orang peserta telah menyertai program pencarian bakat baru ini dengan usaha untuk mencari dan mengenalpasti bakat-bakat sukan baharu dalam kalangan OKU khususnya bagi melahirkan pelapis atlet Para SUKMA Kelantan. Sebanyak Lima (5) acara sukan telah diadakan antaranya badminton, olahraga, catur, powerlifting dan ping pong.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir En. Hazri Nizam Bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Pn. Intan ‘Izzati Binti Md. Hashim, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, En. Anuar Bin Che Mahmud, Ketua Bahagian Oku Dan Warga Emas (Woku) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, En. Mahmood Bin Deraman, Presiden Persatuan Sukan & Rekreasi Orang Kurang Upaya, (PESRON) Negeri Kelantan, Mohd Shihaam Bin Mohd Sukri, Pegawai Perhubungan Industri, HRD Corp Cawangan Kelantan, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Serta Wakil, jurulatih, dan guru-guru pengiring.
Terima kasih diucapkan kepada semua agensi dan jabatan yang telah membantu dan bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan untuk menjayakan program ini iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Persatuan Sukan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON Kelantan), Persatuan Boccia Negeri Kelantan serta pejabat belia dan sukan daerah seluruh Negeri Kelantan.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperhebatkan demi untuk memperkasakan pembangunan sukan OKU negara. Tahniah diucapkan kepada semua 72 orang peserta yang hadir pada program kali ini. Terima kasih di atas sokongan Semua!!!!! Demi Kelate, Kira Lawe.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan