- JBS Kelantan
- Hits: 49
SMKA Naim Lilbanat Sentiasa Memilih KOMBES Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 49
KELANTAN, 21 MEI 2025 –Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat sentiasa memilih Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KOMBES Kelantan) bagi kejohanan olahraga sekolah tersebut. Kejohanan Olahraga SMKA Naim Lilbanat telah berlangsung pada 08 Mei 2025 (Khamis) yang lalu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kejohanan tersebut telah melibatkan acara trek balapan dan perarakan rumah sukan dengan penglibatan seramai 500 orang pelajar keseluruhannya.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan selari dengan hasrat kerajaan untuk pembudayaan semangat bersukan dan meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Malaysia.
#TeamJBSNK
#KOMBESKELANTAN
#MALAYSIAMADANI
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.