Jawatankuasa Tertinggi Kelab Rakan Muda Dan Sekretariat Rakan Muda Negeri Kelantan Hadir Ke Konvensyen Rakan Muda (Kelab Rakan Muda & Sekretariat Rakan Muda) Kebangsaan

Kuala Lumpur, 27 April 2025- Telah berlangsung Konvensyen Rakan Muda yang dihadiri oleh Kelab-kelab Rakan Muda dan Sekretariat Rakan Muda seluruh Negeri di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.

Konvensyen yang dilaksanakan berjaya mengumpulkan lebih 200 orang peserta dari Kelab dan Sekretariat Rakan Muda di mana hasratnya adalah untuk menjadi wadah perbincangan mengenai transformasi gerakan Rakan Muda pada masa hadapan selain mendapatkan input dan idea di peringkat akar umbi secara lebih terbuka. Bagi Negeri Kelantan, seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada 8 orang Kelab Rakan Muda dan 3 orang dari Sekretariat Rakan Muda telah menghadiri Konvensyen tersebut.

Sepanjang konvensyen berlangsung, peserta didedahkan dengan sesi forum, pembentangan serta taklimat berkaitan cabaran dan peranan Rakan Muda, pengurusan organisasi dan penilaian impak program serta pengukuhan urus tadbir dan transisi kepimpinan organisasi
Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Rakan Muda 2025 (Kelab Rakan Muda & Sekretariat Rakan Muda) telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Yakin Boleh, Rakan Muda!

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search