- JBS Kelantan
- Hits: 54
Adik Nufayl Darwisy Harumkan Nama Kelantan Dalam FIM MINIGP Malaysia Series
- JBS Kelantan
- Hits: 54
Kelantan, 1 Mei 2025– Nama Adik Nufayl Darwisy kini menjadi kebanggaan rakyat Kelantan selepas kejayaan cemerlang beliau dalam Race 1 FIM MiniGP Malaysia Series 2025 yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang. Dengan prestasi luar biasa, Nufayl berjaya merangkul tempat pertama dalam perlumbaan tersebut, mengatasi pesaing-pesaing lain.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama negeri Kelantan, malah memberi impak yang besar kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang sentiasa menyokong dan mempromosikan bakat-bakat muda dalam arena sukan permotoran. Malah, kejayaan Nufayl adalah inspirasi kepada generasi muda di Kelantan untuk mencabar diri dan mencapai potensi penuh mereka.
Tahniah diucapkan kepada Nufayl Darwisy atas pencapaian luar biasa ini. Semoga beliau terus menempa kejayaan dan menjadi bintang sukan permotoran yang disegani di masa hadapan.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Bahagian Sukan JBSNK