- JBS Kelantan
- Hits: 99
SELAMAT MAJU JAYA EN ROSSHAZELAN BIN SULAIMAN
- JBS Kelantan
- Hits: 99
PASIR PUTEH, 21 April 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh (PBSDPP) mengucapkan salam perpisahan dan selamat maju jaya kepada Encik Rosshazelan bin Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh yang akan bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub bermula pada 21 April 2025.
Walaupun beliau hanya sempat berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh selama 9 bulan 11 hari bermula pada 9 Julai 2024 hingga 20 April 2025, namun perpindahan ini amat dirasai kerana beliau banyak menabur bakti untuk pembangunan belia, sukan dan rakan muda di daerah ini.
Walaupun berat hati untuk melepaskan, PBSDPP percaya ini adalah langkah terbaik untuk kejayaan yang lebih gemilang dalam karier beliau. Terima kasih atas segala sumbangan, dedikasi, dan kenangan indah yang telah dicipta di sini. Semoga terus cemerlang dan berjaya di tempat baharu dan semoga ukhwah silaturahim ini kekal erat selamanya.
𝘒𝘦 𝘣𝘶𝘬𝘪𝘵 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘥𝘶,
𝘑𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘪𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘩 𝘳𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯,
𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘪 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘳𝘶,
𝘒𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘢𝘯.
𝘚𝘶𝘯𝘨𝘢𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘭𝘪𝘳 𝘬𝘦 𝘮𝘶𝘢𝘳𝘢,
𝘋𝘢𝘳𝘪 𝘩𝘶𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘵𝘪 𝘭𝘪𝘬𝘶𝘢𝘯,
𝘗𝘦𝘳𝘴𝘢𝘩𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘯𝘪𝘭𝘢𝘪 𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢𝘯𝘺𝘢,
𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯, 𝘴𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘦𝘴𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯.