- JBS Kelantan
- Hits: 110
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MENGERATKAN UKHWAH ANTARA KELAB BELIA, SUKAN DAN RAKAN MUDA PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 110
PASIR PUTEH, 20 APRIL 2025 – Majlis Samb utan Hari Raya Aidilfitri 1446H bersama Kelab Belia, Sukan dan Rakan Muda Pasir puteh telah berjaya di adakan pada 16 April 2025 bertempat di Bilik Aktiviti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan ukhwah dan silaturahim di antara warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama penggerak-pengerak belia, sukan dan rakan muda dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta di daerah Pasir Puteh.
Majlis ini dimulakan dengan acara solat hajat dan tahlil sempena perpindahan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh (PBSDPP) ke lokasi yang baharu. Mudir dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Ibrahimi telah dijemput khas untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh turut menyampaikan duit raya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar tersebut yang telah disumbangkan oleh pihak Yaya Empire.
Sebanyak 13 buah persatuan dan kelab belia, sukan dan rakan muda dari daerah ini telah menyertai majlis tersebut dengan setiap pertubuhan telah menyumbangkan juadah-juadah yang berasingan untuk dijamu oleh para tetamu jemputan. Kemeriahan dan suasana Hari Raya masih amat dirasai walaupun bulan Syawal telah memasuki hari yang ke-17.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang turut bersama sejak pagi lagi. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak PBSDPP dan semua pertubuhan yang terlibat di atas penganjuran majlis ini. Secara tidak langsung, ia dapat mencerminkan hubungan yang kukuh di anatara pihak pejabat dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut.