- JBS Kelantan
- Hits: 73
TAKLIMAT TEKNIKAL DAN PENGUNDIAN PASUKAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI PASIR MAS BERLANGSUNG LANCAR
- JBS Kelantan
- Hits: 73
Pasir Mas, 24 April 2025 – Taklimat Teknikal dan Pengundian Pasukan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Pasir Mas telah diadakan pada 23 April 2025 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas.
Program ini telah dihadiri oleh para pengadil, pegawai teknikal, dan wakil pasukan yang bertanding dalam Liga Sukan Komuniti. Tujuan utama sesi ini adalah untuk memberikan penerangan teknikal, memastikan kesefahaman di kalangan semua pihak yang terlibat, serta menjalankan undian bagi menetapkan jadual perlawanan. Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti ini dijadualkan berlangsung pada 25 April 2025 bertempat di SK Bechah Durian bermula jam 7.30 pagi . Kejohanan ini bakal menyaksikan persaingan sengit antara pasukan yang bertanding, selain memberi peluang kepada atlet tempatan untuk menyerlahkan bakat serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti Pasir Mas.
Taklimat dan pengundian ini mencerminkan usaha berterusan PBSD Pasir Mas untuk memastikan penganjuran Liga Sukan Komuniti berjalan dengan lancar dan penuh integriti. Kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat diharapkan dapat menyumbang kepada kejayaan liga ini serta memperkukuhkan semangat perpaduan melalui sukan.
Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas