SK BECHAH DURIAN BAKAL MENJADI VENUE KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT DAERAH PASIR MAS

Pasir Mas, 22 April 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Durian bagi membuat persediaan untuk Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Pasir Mas yang dijadualkan berlangsung pada 25 April 2025. Lawatan ini bertujuan memastikan segala kelengkapan dan kemudahan di venue kejohanan berada dalam keadaan terbaik untuk penganjuran. Semakan terhadap kawasan pertandingan, persediaan teknikal, serta penempatan peralatan telah dijalankan bagi memastikan acara dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Dalam sesi ini, Guru Besar SK Bechah Durian, Encik Zamri bin Omar, telah menyambut baik lawatan tersebut dan menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran kejohanan ini. Beliau turut menekankan komitmen pihak sekolah dalam memastikan segala keperluan penganjuran dipenuhi demi kelancaran kejohanan.
Kejohanan yang akan berlangsung pada 25 April 2025 bermula jam 7.30 pagi ini dijangka menarik perhatian komuniti setempat. Acara ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat kesukanan tetapi juga mempromosikan sukan sebagai elemen perpaduan dalam kalangan komuniti di Pasir Mas.

Lawatan ini mencerminkan komitmen PBSD Pasir Mas dalam memastikan penganjuran kejohanan berjalan dengan lancar serta usaha berterusan untuk menjadikan sukan sebagai elemen penyatuan dalam masyarakat.

Disediakan Oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-10-2025, 17:31:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search