Kelantan, 19 Oktober 2023 - Karnival Sukan KBS 2023 merupakan salah satu langkah untuk memupuk minat dan menarik penyertaan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS. Malah ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan aktiviti bersukan dan memberi contoh kepada masyarakat setempat.
Sehubungan dengan itu, satu sesi pemilihan melibatkan pegawai dan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan di Negeri Kelantan telah diadakan mengikut acara sukan yang memerlukan sesi pemilihan.
Antaranya ialah :
⚽ Bola Sepak 9 Sebelah - Padang Bola Sepak KOMBES Negeri Kelantan
? Bola Tampar (Campuran) - Gelanggang Terbuka IKTBN Bachok
? Boling (Berpasukan Campuran) - Lite Superbowl JB7, Mydin Tunjung.
Pegawai dan kakitangan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok dan Institusi Kemahiran Belia Negara Tanah Merah telah mengambil bahagian dalam sesi pemilihan ini.
Di sediakan oleh : Urus setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 89
