PESERTA DAERAH TUMPAT JOHAN DAN NAIB JOHAN PROGRAM RAKAN EKSPRESI : RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

TUMPAT, 20 MAC 2025- Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh Kelantan pada 15 Mac 2025 telah memberi ruang kepada peserta dari Daerah Tumpat menunjukkan bakat apabila dua orang peserta yang mewakili daerah ini berjaya mendapat tempat Johan dalam pertandingan Bercerita (Kisah-kisah Dari Al-Quran) dan Naib Johan dalam pertandingan Azan dan Iqamah.

Wan Nur Raihanah Binti Wan Mohd Samawi, Pelajar cilik dari Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) Pasir Pekan yang berumur 13 tahun dan berbekalkan pengalaman dalam pertandingan bercerita yang pernah disertai sebelum ini, beliau berjaya mencuri hati para juri pertandingan dan muncul sebagai Johan dalam pertandingan ini dengan menewaskan 13 orang peserta dari 10 daerah lain.

Seorang lagi peserta dari Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah, Tumpat iaitu saudara Che Ahmad Hadif Afsar Bin Che Mohamad berumur 14 tahun telah muncul Naib Johan dalam pertandingan Azan dan Iqamah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua peserta.

Di samping pertandingan itu juga, seramai 40 orang peserta dari Daerah Tumpat bersama-sama peserta dari 10 daerah yang lain turut hadir bagi program bertadarus dan khatam Al-Quran. Dalam majlis yang sama juga turut diselitkan dengan Ceramah Agama yang bertajuk ”Indahnya Ramadhan”, Agihan Bubur Lambuk Percuma dan Iftar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs En. Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan Majlis Penyampian Hadiah Pertandingan disampaikan oleh YB Zamakhsari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan. Turut hadir ke program ini adalah YABrs.En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search