JALINAN KERJASAMA PERSATUAN KARATE - DO (BARU) NEGERI KELANTAN DAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI

Kota Bharu, 19 Mac 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) menerima kunjungan daripada Persatuan Karate - Do Negeri Kelantan (Baru) pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat JBSNK. Persatuan Karate - DO Negeri Kelantan merupakan salah satu persatuan sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesurujaya Sukan Malaysia.

Fokus utama kunjung hormat diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan dan bertukar pendapat berkaitan pembangunan Sukan Karate di Negeri Kelantan disamping mendapatkan padangan dan cadangan bagi permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Geran Padanan Sukan. Disamping itu juga turut dibincangkan ruang dan peluang jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Untuk makluman, sebanyak 70 buah sekolah telah menyertai Latihan Karate di seluruh Negeri Kelantan dengan penyertaan hampir 400 orang pelajar.

Encik Thennavan a/l Ponniyah Presiden Persatuan Karate – Do Negeri Kelantan (Baru) hadir bersama Puan Ilani lee binti Abdullah, Penyelaras Sukan Majlis Sukan Negeri Kelantan mewakili Persatuan Karate – Do Negeri Kelantan.

Sesi perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSNK. Turut hadir Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan serta Encik Mohamad Fadzil bin Che Daud, Puan Siti Hassiah binti Hussin, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSNK.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search