- JBS Kelantan
- Hits: 137
Kelas Dekorasi Kek
MACHANG, 17 Mei 2024 – Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Machang 2024 dimeriahkan lagi dengan penganjuran Kelas Dekorasi Kek iaitu elemen Rakan Mahir dalam salah satu pengisian aktivitinya. Program ini mendapat sambutan yang baik di kalangan belia apabila mendapat penyertaan seramai 40 orang peserta.
Peserta didedahkan dengan teknik-teknik menghias kek, bahan-bahan yang digunakan, elemen yang perlu dititikberatkan dalam menghasilkan dekorasi kek yang berkualiti. Para belia telah menunjukkan kemahiran masing-masing sepanjang berlangsungnya kelas ini. Kreativiti mereka juga dinilai dan diberikan hadiah berupa hamper bagi yang memenangi hati juri selaku Johan dan Naib Johan kek tercantik.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
Disediakan oleh: Urus Setia Portal, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 137
