- JBS Kelantan
- Hits: 76
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN BIL. 2/2025
- JBS Kelantan
- Hits: 76
MACHANG, 5 MAC 2025 – Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) Bilangan 2/2025 telah diadakan pada 27 Februari 2025 di Dewan Malaysia, JBSNK.
Ybrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada semua pegawai JBSNK yang hadir. Tuan Pengarah juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan November 2024, Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025.
Selain itu, majlis maraikan persaraan Encik Aris bin Awang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, yang akan bersara wajib pada 6 Mac 2025 setelah selama 35 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama semua staf Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang turut menyampaikan cenderahati kepada Encik Aris bin Awang.
Disediakan oleh: Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang