- JBS Kelantan
- Hits: 135
TADARUS AL- QURAN SEMPENA PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN DAERAH JELI BERMULA
- JBS Kelantan
- Hits: 135
JELI, 6 MAC 2025- Program Ekspresi : Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Jeli 1446 H bersamaan 2025 M telah pun bermula pada 2 Ramadhan yang lalu di empat (4) buah masjid dan surau yang terpilih iaitu Masjid Mukim Kg Kalai, Surau Al Falah Kg Kuala Balah, Masjid Mukim Sg Satan dan Surau At Taqwa Bandar Jeli yang akan berakhir pada 21 Ramadan bersamaan 22 Mei 2025 nanti.
Aktiviti yang dilaksanakan adalah Tadarus dan Khatam Al Quran yang melibatkan 40 orang belia dan beliawanis. Setiap Kumpulan akan membaca Al Quran dengan dipantau oleh seorang ketua kumpulan, selesai tadarus, majlis khatam Al Quran akan menyusul dengan bimbingan oleh seorang pembimbing. Antara objektif program ini adalah melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al Quran dalam kehidupan seharian dan membudayakan amalan sunah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadhan ini.
Semoga dengan berlangsungnya program berbentuk keagamaan dan kerohanian ini akan dapat mendidik jiwa belia dan beliawanis tempatan untuk lebih menghayati bulan Ramadhan seterusnya memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.