PERHIMPUNAN BULANAN JBSNK DAN MAJLIS PERSARAAN

Pasir Mas, 4 Mac 2025 – Jabatan Belia dan Sukan (JBSNK) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan JBSNK Bilangan 2 bagi tahun 2025 dan Majlis Persaraan Encik Aris Bin Awang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Majlis berkenaan berlangsung pada 27 Mac 2025 di Dewan Malaysia, JBSNK

Perhimpunan bulanan ini diadakan bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni dan memupuk semangat bergerak ke arah satu haluan bagi mencapai matlamat pembangunan dan kesejahteraan negara di kalangan warga JBSNK. Nilai-nilai murni seperti benar, amanah, adil, bijaksana, telus, bersyukur, bertanggungjawab dan berdisiplin perlu disemai dan dijadikan teladan dalam perkhidmatan ini.

Dalam perhimpunan berkenaan pelbagai amanat dan nasihat telah disampaikan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Sukan JBSNK bagi memastikan urus tadbir dan keharmonian di JBSNK sentiasa berada di landasan yang luurs dan cemerlang.
Majlis Persaraan Encik Aris bin Awang yang akan bersara wajib pada 10 Mac 2025 turut diraikan dengan video imbasan sepanjang beliau berkhidmat di KBS dan juga penyampaian cenderahti kenang-kenangan.

SELAMAT BERSARA ENCIK ARIS BIN AWANG.. JASAMU SENTIASA DIKENANG

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search