PERBINCANGAN PENGANJURAN KEJOHANAN BOLA KERANJANG 5 0N 5

Tanah Merah, 5 Mac 2025 – Satu perbincangan telah diadakan diantara Kelab Bola Keranjang Jelatok bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah mengenai penganjuran Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Tanah Merah , yang akan berlangsung pada 25 April 2025. Kejohanan ini akan menggunakan format 5 on 5 , dan pihak penganjur mensasarkan penyertaan sebanyak 50 pasukan dari seluruh daerah.

Kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat. Pihak penganjur berharap kejohanan ini akan mendapat sambutan yang baik dan mampu melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan bola keranjang.

Dalam perbincangan tersebut, pelbagai aspek penganjuran telah dibincangkan, termasuklah pengaturan logistik, penyediaan kemudahan untuk para peserta, serta penyusunan jadual perlawanan. Pihak penganjur juga berhasrat untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan yang dinantikan oleh semua peminat sukan bola keranjang di Tanah Merah.
Pihak penganjur mengalu-alukan sokongan dan kerjasama dari semua pihak untuk memastikan kejohanan ini berlangsung dengan jayanya.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search