- JBS Kelantan
- Hits: 62
TADARUS AL-QURAN DI MASJID AN-NAJAH, KAMPUNG MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 62
MACHANG, 5 MAC 2025 - Empat buah masjid di daerah Machang telah mula melaksanakan Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Machang yang bermula pada 1 hingga 20 Ramadhan 1446H.
Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan merupakan program yang diadakan sepanjang bulan Ramadan dengan aktiviti bertadarus dan khatam al- Quran serta aktiviti lain yang bersesuaian yang akan dilaksanakan di masjid, surau atau dewan atau mana-mana tempat yang bersesuaian di setiap negeri.
Masjid An-Najah, Kampung Machang telah berjaya mengumpulkan seramai 20 orang belia kampung setempat dan dibimbing oleh Ustaz Kasyfu Rahman bin Ashari.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang