PROGRAM RAKAN EKSPRESI RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT DAERAH TUMPAT TAHUN 2025

TUMPAT, 5 MAC 2025. Program Rakan Ekspresi Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini telah bermula pada 2 Mac hingga 21 Mac 2025 (Ahad) mengikut waktu berdasarkan ketetapan masjid masing-masing sekitar Daerah Tumpat.

Program ini telah dibahagikan kepada empat (4) buah masjid di setiap dun yang berada di daerah Tumpat mengikut cara pelaksanaan yang telah diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini diadakan secara berkumpulan dan dibaca bergiliran sehingga khatam Al-Quran. Seterusnya, program ini turut menyasarkan penyertaan seramai 80 orang belia Tumpat yang berumur 13 hingga 30 tahun dan tempoh untuk menghabiskan juzuk mengikut kumpulan masing-masing berkenaan sebelum atau pada 21 Mac 2025 (Ahad).
Selain itu, para peserta program ini juga menerima senaskah Al-Quran bagi setiap peserta yang menyertai untuk digunakan sepanjang program berlangsung yang disampaikan oleh Encik Wan Mohd Erffan Bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Program ini juga mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada Majlis Daerah Tumpat, Kelab Belia Talak, Kelab Belia Wira Berjaya (Wijaya) dan badan ngo's lain yang turut sama menjayakan program ini sepanjang bulan yang mulia ini.

Semoga aktiviti bermanfaat seperti program tadarus ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan para warga Tumpat, memantapkan ilmu dan kemahiran membaca Al-Quran, mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan Ramadan yang mulia serta memperoleh syafaat di akhirat kelak.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search