PROGRAM RAKAN MUDA EKSPRESI : RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT DAERAH TANAH MERAH

Tanah Merah, 2 Mac 2025 – Program Rakan Muda Ekspresi: Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Tanah Merah sedang berlangsung dengan jayanya bermula dari 2 Mac hingga 21 Mac 2025. Program ini melibatkan penyertaan empat masjid dan surau di daerah Tanah Merah, iaitu Masjid Saidina Osman Tepi Sungai, Surau Al-Hasani Tanah Merah, Musalla Al-Ghazali Alor Pasir, dan Surau SMK Belimbing Tanah Merah.

Setiap surau menyaksikan penyertaan seramai 20 orang peserta berusia antara 15 hingga 30 tahun. Aktiviti utama yang dilaksanakan sepanjang program ini adalah tadarus Al-Quran, di mana para peserta berkesempatan untuk memperdalamkan penghayatan dan pemahaman mereka terhadap kandungan kitab suci tersebut.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan semangat Ramadhan, tetapi juga untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta dan komuniti setempat. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dengan penyertaan yang aktif dan semangat yang tinggi dari kalangan peserta.
Diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search