- JBS Kelantan
- Hits: 57
HUJAN TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT BAGI PROGRAM TEAM BUILDING
- JBS Kelantan
- Hits: 57
PASIR MAS, 4 MAC 2025 - Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor dan Encik Mohd Sarimat bin Salleh telah menghadiri Kursus Team Building anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 22 hingga 24 Februari 2025 yang lalu bertempat di Kale Nusuk Campsite, Jeli. Program ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan seluruh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program dimulakan dengan taklimat kepada semua peserta dan pemasangan khemah penginapan masing-masing. Hari kedua diteruskan dengan aktiviti mendulang emas. Kemudian semua peserta menaiki kenderaan bagi aktiviti eksplorasi Gunung Reng untuk melihat pemandangan indah di dalam gua.
Sesi petang diadakan aktiviti water confident dan river tubing yang merupakan satu aktiviti yang mencabar bagi peserta yang pertama kali mencuba dan aktiviti ini juga memupuk semangat kerjasama antara peserta dan meningkatkan keyakinan diri sendiri di kalangan peserta. Sepanjang 3 hari 2 malam hujun turun tanpa henti namun tidak mematahkan semangat pegawai dan kakitangan JBSNK.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Semoga kursus team building ini dapat mencapai tujuan dan objektif bagi penambahbaikan dalam organisasi dari aspek hubungan, komunikasi dan semangat berpasukan dikalangan pegawai dan kakitangan JBSNK.
Disediakan oleh:Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas