PASIR PUTEH TUAN RUMAH PROGRAM RAKAN EKSPRESI : RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

PASIR PUTEH, 16 MAC 2025 : Pasir Puteh menjadi tuan rumah bagi Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang telah di adakan pada 15 Mac 2025 bertempat di Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh, Kelantan.

Pelbagai pengisian aktiviti seperti Pertandingan Hafazan, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Azan dan Iqamah dan diselitkan ceramah agama ‘Indahnya Ramadhan’, aktiviti tadarus Al-Quran, Majlis Rakan Muda Khatam Al-Quran dan Iftar. Seramai 1,400 orang peserta dari seluruh negeri Kelantan dan penduduk tempatan berkumpul menyertai aktiviti disini.

Majlis Perasmian telah di sempurnakan oleh YABrs Encik Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan majlis penyampaian hadiah Pertandingan disampaikan oleh YB Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan. Turut sama Encik Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rosman bin Che Harun, Imam Tua Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search