- JBS Kelantan
- Hits: 65
WAKIL PBSD PASIR MAS MENYERLAH
- JBS Kelantan
- Hits: 65
PASIR MAS, 10 Mac 2025 – Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) dilaksanakan bagi menilai individu untuk diberi pengiktirafan dan penghargaan berdasarkan sumbangan terhadap pembangunan belia di komuniti dan negara. Penilaian individu kategori Lelaki telah berlangsung pada 10 Mac 2025 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
PBSD Pasir Mas telah menghantar peserta tunggal bagi kategori lelaki iaitu Saudara Mohammad Raymie bin Ab. Razak bagi mewakili daerah Pasir Mas. Beliau juga selaku Pengerusi Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin yang telah memenangi Johan bagi APBN Peringkat Kebangsaan pada tahun 2024 bagi kategori pertubuhan. Beliau telah membentangkan sumbangan dan program yang telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa dan komuniti.
Penilaian APBN ini dinilai dari pelbagai aspek seperti sumbangan kepada komuniti, pengiktirafan dan sahsiah calon itu sendiri. Mereka di nilai oleh tiga (3) orang panel yang berpegalaman dari pelbagai bidang. Semoga kemenangan berpihak kepada wakil daerah Pasir Mas pada tahun ini.
Disediakan oleh: Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas