- JBS Kelantan
- Hits: 80
PBSD PASIR MAS SEDIA MEMBANTU DALAM PENUBUHAN KELAB BAHARU
- JBS Kelantan
- Hits: 80
PASIR MAS, 6 Mac 2025 – Penubuhan kelab di kalangan belia -belia dapat membantu belia bergiat aktif di dalam aktiviti yang sihat. PBSD PAsir Mas sentiasa bersedia membantu memberikan khidmat nasihat dan juga membantu dalam pendaftaran kelab baharu.
Pengerusi dan Setiausaha Kelab Ping Pong Slow Machang iaitu Encik Ahmad Ashraf dan Encik Muhammad Faris Aiman telah hadir ke pejabat bagi mendapatkan khidmat nasihat dan sekaligus telah mendaftarkan Kelab Ping Pong Slow Machang mereka di dalam sistem Erosa (PJS). Bagi pendaftaran kelab sukan, belia perlu membuka sistem Erosa iaitu https://erosa.kbs.gov.my manakala bagi pendaftaran kelab belia dan rakan muda pula di laman web Eroy iaitu https://eroyv2.gov.my
Pihak PBSD Pasir Mas sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan kunjungan belia-balia Pasir Mas bagi mendapatkan khidmat nasihat dan juga informasi terkini dana KBS dan juga program-program bagi tahun 2025. Dengan tertubuhnya banyak kelab belia, sukan dan rakan muda sudah pastikan pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan di Pasir Mas dan ia dapat melahirkan belia yang aktif dan sihat dari aspek mental dan fizikal.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas