- JBS Kelantan
- Hits: 71
JALINAN KERJASAMA PERSATUAN SUKAN ORIENTEERING NEGERI KELANTAN DAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 71
Kota Bharu, 10 Mac 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) menerima kunjungan daripada Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan (PSOK) pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat JBSNK. Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan merupakan salah satu persatuan sukan rekreasi yang berdaftar dengan Pejabat Pesurujaya Sukan Malaysia di negeri Kelantan.
Fokus utama kunjung hormat diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan dan bertukar pendapat berkaitan pembangunan Sukan Orienteering di Negeri Kelantan disamping mendapatkan padangan dan cadangan bagi permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK). Disamping itu juga turut dibincangkan ruang dan peluang jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Hadir sama dalam sesi tersebut adalah Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSNK, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan serta Puan Ainaa Diyyana binti Mokhtar, Pegawai Pembangunan Rekreasi.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan