SESI TAKLIMAT PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2025

KOTA BHARU, 6 MAC 2025 – Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) dilaksanakan bagi menilai individu dan pertubuhan belia untuk diberi pengiktirafan dan penghargaan berdasarkan sumbangan terhadap pembangunan belia negara.

Oleh yang demikian, satu sesi taklimat penyelarasan penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2025 telah dilaksanakan khusus kepada calon-calon yang akan bertanding bagi kategori individu lelaki dan wanita secara atas talian pada 6 Mac 2025.

Seramai 32 orang calon yang akan bertanding pada APBN 2025 kali ini bagi kategori individu lelaki dan Wanita manakala 16 buah pertubuhan bagi kategori pertubuhan belia. Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh Puan Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Turut diadakan sesi taklimat kepada barisan jawatankuasa kerja sebaik sahaja selesai sesi taklimat kepada calon bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi memastikan kelancaran sesi penilaian nanti. Turut hadir, Puan Suryani Razali, Timbalan Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) selaku rakan kongsi bagi pelaksanaan APBN 2025.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search