RAKAN MUDA RAMADAN MENGHIDUP SUASANA MASJID

PASIR MAS, 11 Mac 2025 – Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Pasir Mas telah bermula pada 2 hingga 21 Mac 2025. Program ikonik ini dilaksanakan di empat buat masjid terpilih sekitar Pasir Mas bagi tujuan mendekatkan belia dengan masjid dan juga menyemarakkan lagi penghayatan ramadan dikalangan belia- belia di daerah.

Program tadarus Al- Quran ini dilaksanakan secara berkumpulan dan membaca secara bergiliran sehingga khatam. En. Mohd Faidhi bin Mat Noor, selaku penyelaras program ini telah turun padang untuk bersama-sama belia di Masjid Tasek Berangan dan Masjid Ar- Rahmaniah, Pondok Lati.

Semoga program seperti ini dilaksanakan setiap tahun bagi mendekatkan lagi belia dengan program-program yang berbentuk keagamaan ini.

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search