- JBS Kelantan
- Hits: 77
TINJAUAN LOKASI PREMIS BAHARU PBSD PASIR MAS
- JBS Kelantan
- Hits: 77
PASIR MAS, 6 Mac 2025 – Pencarian hampir dua minggu bagi mencari lokasi strategik untuk pejabat baharu PBSD Pasir Mas akhirnya berakhir. Pelbagai Lokasi telah di tinjau dan terkini tinjauan adalah di Kawasan Bandar Tasek Raja, Pasir Mas. Lokasi yang sangat strategik, kawasan tempat letak kereta yang luas bagi memudahkan belia-belia untuk berkunjung di pejabat juga menjadi satu nilai tambah dalam pencarian lokasi premis baharu.
Pencarian lokasi pejabat baharu PBSD Pasir Mas adalah kerana kontrak sewaan akan tamat pada 31 Disember 2025 nanti dan lokasi sekarang sentiasa dinaiki air banjir yang menyebabkan banyak dokumen dan peralatan pejabat rosak. Keadaan premis ini juga uzur dan memerlukan banyak penyelenggaran yang menelan belanja yang amat tinggi.
Bagi lokasi premis baru ini yang mempunyai 3 tingkat bangunan, mempunyai keluasan 70’ x 30’ bagi tingkat 2 dan 3 namun pihak PBSD hanya bercadang untuk menyewa 1 tingkat sahaja. Nilai sewaan juga amat berpatutan dan pihak PBSD masih lagi meneliti dan mencari tapak lain yang bersesuaian bagi memudahkan belia-belia Pasir Mas untuk hadir dan berkunjung ke PBSD.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas