ACARA ROAD RACE KELANTAN CYCLING CHALLENGE 2025 BERMULA

MACHANG, 21 FEBRUARI 2025 – Acara Road Race Kelantan Cycling Challenge 2025 telah bermula di perkarangan hadapan Sekolah Kebangsaan Hamzah 2 anjuran Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan dalam acara ini iaitu Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Men Junior, Men Youth, Women Junior, dan Women Youth. Kejohanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan hampir 200 orang peserta dari seluruh negeri.

Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang turut hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi majlis penyampaian hadiah.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search