KESELAMATAN KEBAKARAN DI TEMPAT KERJA

Gua Musang, 16 Februari 2025 – ”Latihan kebakaran di pejabat persekutuan adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan diri dan orang di sekitar kita. Dengan memahami cara-cara bertindak dengan cepat dan selamat semasa kecemasan, kita dapat mengurangkan risiko kecederaan dan kerosakan harta benda.”

Demikian antara pengisian dalam Taklimat Langkah Keselamatan Kebakaran oleh Cik Rafeah binti Mat Zain, Pengerusi Bangunan yang telah berlangsung pada 16 Febuari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Persekutuan Gua Musang.

Taklimat anjuran Pengurusan Pejabat Persekutuan Gua Musang yang dihadiri seramai 20 orang pegawai dan kakitangan pelbagai Jabatan serta Agensi termasuk Encik Muhammad Helme Fiadi bin Hairani, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Taklimat ini merupakan sebahagian daripada perintah yang diperuntukan bagi memastikan kesemua warga Pejabat Persekutuan Gua Musang sedar dan tahu tentang tanggungjawab masing-masing serta langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kebakaran ditempat kerja.

Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search