SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) MEMBERI IMPAK POSITIF

Gua Musang, 16 Febuari 2025 – Telah berlangsung Sesi Verifikasi PPL-PPT Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pelaksanaan Kerja Belia Tahap 3. Sijil Kemahiran Malaysia adalah sijil rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Sijil ini menunjukkan bahwa individu tersebut telah menunjukkan kemampuan dan kompetensi dalam melaksanakan tugas atau aktiviti kerja dalam bidang tertentu. SKM terdiri dari lima tahap pensijilan iaitu Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3, Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) dan Tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia).

En. Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang merupakan salah seorang daripada 8 orang calon mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang mengucapkan tahniah kepada calon SKM Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan semoga dengan pengiktirafan SKM kepada calon-calon yang dinilai dapat menjadi sebagai salah satu usaha bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada pegawai JBSNK dan penggerak belia yang lain di Daerah khususnya dan Negeri Kelantan amnya.

Disediakan Oleh: Urusetia Berita Portal PBSD Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search