PENGEMASKINIAAN MAKLUMAT CALON APBN DAERAH TANAH MERAH 2025

Tanah Merah, 26 Februari 2025 – Daerah Tanah Merah sedang giat menjalankan proses pengemaskinian borang dan fail calon untuk Anugerah Perdana Belia Negara 2025. Dalam usaha untuk membawa wakil terbaik ke peringkat negeri, seramai tiga calon individu lelaki, dua calon individu perempuan, dan dua pertubuhan telah dipilih untuk mewakili daerah ini ke Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan.

Calon-calon individu lelaki dan perempuan ini dipilih berdasarkan pelbagai kriteria termasuk sumbangan mereka kepada masyarakat, pencapaian dalam pelbagai bidang, serta daya kepimpinan yang cemerlang. Selain itu, dua pertubuhan yang turut dipilih adalah pertubuhan yang aktif dan berperanan besar dalam memajukan belia di Tanah Merah.
Proses pengemaskinian borang dan fail calon ini adalah penting bagi memastikan segala maklumat dan pencapaian calon-calon direkodkan dengan tepat dan lengkap. Kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Tanah Merah, calon-calon, serta pertubuhan yang terlibat amatlah penting dalam memastikan proses ini berjalan lancar.

Dalam doa dan harapan, kami semua mendoakan kejayaan calon-calon dan pertubuhan yang akan mewakili Daerah Tanah Merah ke peringkat negeri. Semoga mereka semua diberikan kekuatan dan kecemerlangan dalam menghadapi cabaran ini. Harapan kami adalah agar calon-calon dari Tanah Merah berjaya meraih kejayaan dan menjadi inspirasi kepada belia lain untuk terus berusaha dan berbakti kepada Masyarakat.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search