- JBS Kelantan
- Hits: 98
HARI KE-2 KEJOHANAN KELANTAN CYCLING CHALLENGE 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 98
MACHANG, 22 FEBRUARI 2025 – Acara Criterium, Kelantan Cycling Challenge 2025 telah diadakan di Dataran Kenanga, Machang anjuran Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Sebanyak 9 kategori yang telah dipertandingkan dalam acara ini iaitu Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Men Junior, Men Youth, Women Junior, Women Youth, dan Push Bike. Kejohanan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan hampir 200 orang peserta dari seluruh negara.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Mohd Saipuddin Zakaria.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang