PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) DAERAH KUALA KRAI BAGI TAHUN 2025

KUALA KRAI , 19 Februari 2025 – Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) telah mula diperkenalkan pada tahun 1988 bertujuan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan dan aktif terhadap gerak kerja kesukarelaan dan kemasyarakatan. Ianya juga adalah salah satu usaha Kerajaan bagi meraikan serta menghargai individu dan juga pertubuhan belia yang memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai bidang khususnya yang memberi impak terhadap pembangunan belia yang membanggakan negara.

Sehubungan dengan itu, pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai (MBJ) telah mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti dan memilih calon individu dan juga persatuan belia di daerah Kuala Krai yang layak untuk dicalonkan bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan yang akan disampaikan anugerah tersebut bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan akan dilaksanakan pada 16 hingga 18 Mei 2025 nanti. Kategori Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri yang dipertandingan pada tahun ini adalah melibatkan tiga (3) kategori utama iaitu Kategori Pertubuhan Belia, Kategori Individu Lelaki dan Kategori Individu Wanita.

Hadir dalam sesi perbincangan ini adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Abdullah Zawawi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Syazana Safra Binti Md Sanusi, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai (Bahagian Pembangunan Belia) Encik Mohd Azam Wahidi Bin Suhaini, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Kuala Krai, Saudara Muhammad Afiq Aiman Bin Mohd Haslam dan Setiausaha Majlis Belia Jajahan Kuala Krai, Saudara Mohd Hasrul Sazwan Bin Hamsani.

Disediakan oleh : Urusetia Portal PBSD Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search