RAKAN MUDA RAMADAN IMARAHKAN LAGI MASJID DAN SURAU TERPILIH DAERAH JELI

JELI, 2 MAC 2025 – Empat buah masjid termasuk surau di sekitar Daerah Jeli telah terpilih melaksanakan Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Jeli 1446 H bersamaan 2025 M.

Bagi menyemarakkan dan merealisasikan lagi program ini, En.Idris bin Musa selaku Pengerusi Komuniti Madani Kg. Kalai, Imam Masjid Kalai, Penghulu Kg.Kalai dan Pengerusi KRT Kg.Kalai telah memberikan sokongan dan kerjasama penuh dalam membantu melaksanakan program ini di Masjid Kg Kalai mulai 2 hingga 21 Ramadhan ini. Masjid Kg.Kalai merupakan salah satu tempat pelaksanaan program Rakan Muda Ramadhan Daerah Jeli pada tahun ini.

Antara akitiviti yang akan dilaksanakan adalah Tadarus dan Khatam Al-Quran yang akan melibatkan 20 orang belia dan beliawanis Kg. Kalai. Setiap kumpulan akan membaca juzuk Al-Quran dengan dipantau oleh seorang ketua kumpulan, selesai aktiviti tadarus, majlis khatam Al-Quran akan menyusul dengan bimbingan oleh seorang pembimbing. YBrs. Puan Hazmanita binti Che Hamid selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan secara tidak langsung kerana sudi membantu PBSD Jeli bagi melaksanakan program tersebut yang akan memberi menafaat kepada belia-belia setempat.

Disediakan oleh Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search