- JBS Kelantan
- Hits: 176
SESI PEMILIHAN PEMAIN DART MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN MALAYSIA (MAKSAK) KONTINJEN KELANTAN BAGI MAKSAK GAMES-2024
Sesi pemilihan ini telah dihadiri oleh 33 orang peserta yang terdiri daripada 12 Agensi dan seramai 9 orang yang layak iaitu 5 lelaki dan 4 perempuan ke MAKSAK Games 2024 yang akan berlangsung pada 09 hingga 12 Mei 2024 bertempat di Kangar, Perlis.
Majlis penutup Sesi Pemilihan Pemain Dart Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Kontijen Kelantan bagi MAKSAK Games 2024 telah disempurnakan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau juga mengharapkan agar pemain dapat mencapai sasaran sekurang-kurangnya layak ke peringkat suku akhir bagi MAKSAK Games 2024.
Disediakan oleh: Bahagian Belia Dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 176
