TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

TUMPAT, 6 FEBRUARI 2025 - Sempena Minggu Paradgima Sesi 1/2025 IKTBN Bachok, taklimat berkenaan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan kepada pelajar-pelajar baharu. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ialah program pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia untuk remaja berumur 14 hingga 24 tahun yang terlibat secara aktif dalam pelbagai bidang yang menyumbang kepada proses kematangan mereka. Program ini diadaptasi daripada The Duke of Edinburgh’s Award yang diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956 dan kini diiktiraf di 126 negara di seluruh dunia.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Nik Ahmad Saifullah bin Ahmad Husni, daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat yang mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 4 Februari 2025 bertempat di Dewan Serbaguna IKTBN Bachok. Seramai 60 orang pelajar baharu telah hadir bagi mendengar taklimat ini.
Objektif Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah pembangunan remaja yang bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berdaya saing, berdisiplin, dan mempunyai jati diri yang kukuh. Memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial melalui penglibatan dalam aktiviti khidmat masyarakat, remaja didorong untuk membantu golongan yang memerlukan, seperti mangsa bencana dan komuniti kurang bernasib baik.

Selain itu, program ini juga membangunkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dalam aktiviti seperti penjelajahan lasak dan projek penempatan untuk membantu remaja mengasah kemahiran, kepimpinan serta meningkatkan keupayaan bekerja dalam kumpulan. Di samping itu, turut meningkatkan disiplin serta integriti dalam penglibatan komponen seperti sukan, kebudayaan dengan mendorong remaja untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan berdisiplin.

Secara keseluruhan, ARPRM melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan belia Kelantan dengan menyediakan platform untuk mereka mengembangkan potensi diri dan menyumbang kepada masyarakat.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search