- JBS Kelantan
- Hits: 76
PROGRAM INSPIRE EKSPLORASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2024
- JBS Kelantan
- Hits: 76
Besut, 28 Januari 2025 - Penganjuran Program Inspire Eksplorasi 2024 Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada 26 hingga 28 Januari 2025 bertempat di Kem Damai, Besut Terengganu.
Program ini merupakan anjuran Unit Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Skuasy Kelantan dan PESRON Negeri Kelantan. Seramai 40 orang peserta di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan atlet Parasukma Negeri Kelantan hadir menyertai program ini dengan jayanya.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mempelajari perkara asas rekreasi serta ikhtiar hidup. Pelbagai aktiviti telah disajikan kepada para peserta. Antaranya adalah seperti :-
- Sesi Taklimat Program dan Ice Breaking
- Taklimat Kod Sukan Selamat
- Pengenalan Asas Pertolongan Cemas
- Ikhtiar Hidup /Kembara
- Pengenalan Aktiviti lasak "Flying Fox"
- Majlis Apresiasi dan Perasmian Penutup
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang telah hadir memantau serta membantu penyelarasan pelaksanaan program. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta.
#JBSNBersama
#JBSNKelantan
#MalaysiaMadani
#InspireEksplorasi2024