SUASANA KERJA YANG KONDUSIF SUMBANG HASIL KERJA CEMERLANG

KUALA KRAI, 04 FEBRUARI 2025 – "Saya amat menekankan keseronokan dalam bekerja kerana bagi saya suasana bekerja yang kondusif dan menyeronokkan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keberhasilan kerja yang cemerlang" ujur Puan Rosnani binti Hj. Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dalam ucapan aluan Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai Bilangan 1 Tahun 2025 hari ini.

Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dari setiap bahagian di atas kejayaan dalam pelaksanaan kesemua program bagi tahun 2024. Beliau mengingatkan kepada semua pegawai untuk terus mengekalkan semangat kerja berpasukan, keharmonian dalam bekerja dan sentiasa berfikiran positif bagi meningkatkan prestasi kerja serta imej Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan khususnya.

Antara agenda lain yang telah dibincangkan adalah perancangan serta hala tuju program-program Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda dan tadbir urus pejabat yang perlu mengikut tatakelola yang diarahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dari masa ke semasa. Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dari semua bahagian.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search