PASIR MAS, 4 Mac 2024 – Telah berlangsung Kejohanan Karom Terbuka Kelantan, Piala King Karom Kelantan pada 2-3 Mac 2024 bertempat di Dewan Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas. Kejohanan ini anjuran Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Sebanyak 221 orang telah menyertai Kategori Single dan 326 orang bagi Kategori Double. Penyertaan terdiri daripada tujuh (7) buah Negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Juara bagi kategori Single telah dimenangi oleh peserta daripada Pasir Mas, Kelantan dan membawa pulang wang tunai . Manakala bagi tempat kedua hingga ke kempat juga dimenangi oleh peserta daripada Pasir Mas, Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 174
