PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG SIRI 1 MELABUH TIRAI

PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG SIRI 1 MELABUH TIRAI

PASIR PUTEH, 20 MEI 2024 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Siri 1 telah berakhir pada 17 Mei 2024 (Jumaat). Program ini yang bermula pada 27 April 2024 (Sabtu) bertempat di Permai Beach Resort Bachok Kelantan. Seramai 42 orang peserta daripada Daerah Pasir Puteh dan Bachok telah menyertai program KLAS Renang. Program ini dilaksanakan setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 7.30 pagi – 8.30 pagi.

Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM) dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas melibatkan kanak-kanak di seluruh negara. Sasaran penyertaan peserta adalah kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun daripada keluarga B40. Peserta telah didedahkan dengan beberapa teknik berenang iaitu bubble, tahan nafas, terapung dinamik dengan bantuan terapung serta sepakan bertakung dengan alat bantuan terapung.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh

 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search