KUNJUNGAN HORMAT KELAB BELIA PAK HUSSIN KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

Kota Bharu, 2 Januari 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah menerima kunjungan hormat dari Kelab Belia Pak Hussin (KBPH) pada 1 Januari 2025 bertempat di Bilik Tamu JBSNK.

Pertemuan ini telah diketuai oleh Encik Mohamad Raymi bin Ab.Razak Pengerusi KBPH. Dalam perbincangan tersebut Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK telah menggariskan keperluan kepada kerjasama yang lebih erat antara JBSNK dan (KBPH) dalam menjayakan agenda pembangunan holistik belia di Daerah Pasir Mas Khususnya dan Negeri Kelantan amnya.

Pada pertemuan ini juga, Encik Mohamad Raymi bin Ab.Razak menyatakan kesediaan (KBPH) untuk menyambut baik inisiatif-inisiatif yang telah dan akan digerakkan oleh KBS dan JBSNK, meliputi pelbagai aspek kecenderungan dan keperluan belia, antaranya dalam lapangan sukan, pendidikan, kesihatan, dan ekonomi belia.
Turut hadir pada pertemuan tersebut adalah Puan Siti Hassiah binti Hussin, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan (II).

Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search