BADMINTON SANTAI UKHUWAH BELIA TANAH MERAH AMBANG TAHUN BAHARU 2025

 

Tanah Merah, 1 Januari 2025 - Majlis Belia Jajahan Tanah Merah dengan kerjasama Pertubuhan Serumpun Lestari Negeri Kelantan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah menganjurkan acara Badminton Santai Ukhuwah Belia sempena menyambut tahun baru 2025. Acara ini diadakan sebagai inisiatif untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan belia serta mempromosikan gaya hidup sihat melalui sukan.

Belia-belia yang hadir bermain badminton secara percuma dengan tajaan daripada Majlis Belia Jajahan Tanah Merah dan Pertubuhan Serumpun Lestari Negeri Kelantan. Acara ini telah mendapat sambutan hangat daripada belia setempat yang bersemangat untuk memulakan tahun baru dengan aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan.

Turut hadir dalam acara ini ialah Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Tanah Merah En Hafizul Nizam Bin Abdullah merangkap Pengerusi Pertubuhan Serumpun Lestari Negeri Kelantan, telah menyampaikan sedikit ucapan. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan ukhuwah dan perpaduan di kalangan belia serta menyatakan harapan agar acara seperti ini dapat dijadikan tradisi tahunan untuk mengukuhkan lagi hubungan di kalangan komuniti belia.

 

"Alhamdulillah, kita berjaya mengadakan acara ini dengan kerjasama semua pihak. Saya berharap belia-belia Tanah Merah terus aktif dalam sukan dan kegiatan-kegiatan bermanfaat seperti ini. Semoga tahun baru ini membawa kejayaan dan keberkatan kepada kita semua," katanya.

 

Acara Badminton Santai Ukhuwah Belia ini bukan sahaja menyatukan belia Tanah Merah, tetapi juga menjadi platform untuk mereka mengenali antara satu sama lain dan menjalin hubungan yang lebih erat. Dengan semangat tahun baru, diharap belia-belia akan terus komited dalam menyokong aktiviti-aktiviti yang membina dan bermanfaat.

Semoga tahun 2025 menjadi tahun yang cemerlang dan penuh dengan pencapaian bagi semua belia di Tanah Merah. Selamat Tahun Baru!

 

Disediakan oleh :

Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search