- JBS Kelantan
- Hits: 78
PBSDTM MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PENGGIAT SUKAN BILLIARD TANAH MERAH
- JBS Kelantan
- Hits: 78
Tanah Merah, 1 Januari 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah menerima kunjungan hormat daripada penggiat sukan billiard di daerah Tanah Merah. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan penubuhan Kelab Billiard Arena Tanah Merah.
Dalam pertemuan ini, pelbagai topik telah dibincangkan termasuklah struktur organisasi kelab, aktiviti yang dirancang, serta cara-cara untuk mempromosikan sukan billiard di kalangan belia Tanah Merah. Penggiat sukan billiard yang hadir menyatakan komitmen mereka untuk menjadikan Kelab Billiard Arena Tanah Merah sebagai platform yang kukuh bagi pengembangan bakat dan penganjuran pertandingan.
Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, Encik Ismafardi Bin Ismail, menyatakan sokongan penuh pihak pejabat terhadap usaha ini. "Penubuhan kelab ini bukan sahaja akan memberi peluang kepada belia untuk mengembangkan kemahiran mereka dalam sukan billiard, tetapi juga dapat memperkukuhkan hubungan komuniti melalui aktiviti sukan yang sihat". Pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan komitmen bersama untuk merealisasikan penubuhan Kelab Billiard Arena Tanah Merah dalam masa terdekat. Semoga usaha ini berjaya dan memberi manfaat kepada semua belia di Tanah Merah.
Disediakan oleh :
Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah