- JBS Kelantan
- Hits: 127
TAKLIMAT KEPADA KETUA JAJAHAN BACHOK BAGI PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT DAERAH BACHOK 2024
- JBS Kelantan
- Hits: 127
BACHOK, 9 MEI 2024 - Telah berlangsungnya Taklimat Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Bachok 2024 yang telah diadakan pada 28 April 2024 bertempat di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Daerah Bachok pada kali ini berkonsepkan festival santai dengan memfokuskan himpunan komuniti belia. Program ini juga akan dilaksanakan serentak seluruh negara di semua daerah dengan pelaksanaan Ikrar Belia Malaysia dan aktiviti berasaskan aktiviti Gaya Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi, Rakan Aktif, Rakan Demokrasi, Rakan Mahir dan Rakan Litar.
Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Puan Azma binti Yahya telah membentangkan kertas konsep dan cadangan aktiviti yang bakal diadakan.pada 15 Mei 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok. Manakala pada sebelah petangnya akan diadakan persembahan Drift bertempat di Tapak Pasar Malam, Pantai Irama Bachok.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Bachok