KELANTAN, 13 Mac 2024 – Telah berlangsung sesi kunjung hormat dari pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) ke Politeknik Kota Bharu (PKB), Kok Lanas yang bertujuan untuk menjalin hubungan kerjasama strategik dalam merekayasakan sinergi tatakelola program - program sukan antara kedua pihak.
Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), JBSNK telah mengetuai deligasi yang turut hadir sama adalah Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Pengalakan dan Pembangunan Sukan JBSNK. Manakala pihak PKB di ketuai oleh Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah (Akademik), En. Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), En. Wan Muhammad Marzudi bin Wan Muhammad, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Pn. Bazlina binti Bakri, Pegawai Belia dan Sukan (Dalaman).
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembanguanan Sukan JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 118
